Go to content Go to menu
 


 

Picture

Nama bangunan

Nama sekolah saya ialah Sekolah Agama Menengah Hulu Langat.

Nama lain bangunan

Sekolah ini juga dikenali dengan SAMTEN (10), SAMHUL dan SAM A’SYARAH. Nama SAMTEN dan SAM A’SYARAH diambil sempena sekolah ini terletak di Batu 10, Cheras manakala SAMHUL diambil sempena sekolah ini terletak di Hulu Langat.

Latar belakang

   2.1 Asal-usul

        Sekolah Agama Menengah Hulu Langat telah ditubuhkan pada 1 Januari 1983 dan dibuka dengan rasmi serta beroperasi sepenuhnya pada 2 Januari 1983 di Sekolah Rendah Agama Batu 10, Cheras. Pembinaan sekolah ini adalah di atas kehendak ibubapa yang ingin melanjutkan pelajaran anak-anak mereka di peringkat menengah.

         Pengambilan pelajar pada tahun itu seramai lebih kurang 70 orang iaitu hanya pelajar tingkatan satu sahaja. Ini disebabkan oleh bilangan kelas yang terhad iaitu hanya dua buah kelas. Tambahan pula bilangan tenaga pengajar yang sedikit iaitu seramai 4 orang guru sahaja. Di antara guru-guru yang terawal adalah seperti Ustaz Manaf, Cikgu Joseph, Cikgu Siti Zubaidah dan Ustazah Jamaliah. Setelah 6 bulan berlalu, berkat kesabaran pelajar-pelajar menyalin nota, akhirnya bekalan buku teks diterima.

         Hari berganti hari, bulan berganti bulan, bilangan kemasukan pelajar ke sekolah ini meningkat. Ditambah pula dengan beberapa masalah lain yang dihadapi, pihak pentadbiran sekolah mengambil keputusan untuk berpindah ke Sekolah Rendah Agama Batu 9, Cheras.      Namun demikian, perpindahan ini tidaklah menjanjikan keselesaan kepada para pelajar dengan keadaan persekitaran yang bising daripada pembaikian Masjid Ubudiah, Batu 9 ditambah lagi dengan kekurangan kemudahan asas seperti makmal dan bengkel serta masalah banjir kilat ekoran daripada pembangunan setempat, segalanya menjadikan impian yang diidamkan tidaklah seindah mana.

         Bertitik tolak daripada itu, pihak kerajaan memperuntukan sebanyak RM 6 juta untuk membina sebuah sekolah di atas tanah yang berkeluasan 7 ekar persegi. Kerja-kerja pembinaan bermula pada tahun 1986 dan tergendala selama beberapa tahun. Akhirnya, kerja-kerja pembinaan siap pada tahun 1991.

    2.2 Pengasas

         Sekolah ini diasaskan oleh Ustaz Abdul Manaf Bin Rofaii. Beliau juga pernah bertugas di sekolah ini sebagai pengetua dari tahun 1983-1986.

   2.3 Tarikh pembinaan

        Sekolah ini dibina pada tahun 1986 dan tergendala selama beberapa tahun. Akhirnya, kerja-kerja pembinaan siap pada tahun 1991.

 2.4 Lokasi

        Sekolah ini terletak di sebelah Sekolah Sri Murni. Bukan itu sahaja, sekolah ini juga terletak berhampiran dengan Pekan Batu 9, Cheras dan 7 km dari Kajang.

2.5 Tujuan penubuhan bangunan

       Sekolah ini dibina atas kehendak ibubapa yang ingin melanjutkan pelajaran anak-anak mereka di peringkat menengah.

2.6  Kos pembinaan

       Kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM 6 juta untuk membina sekolah ini  di atas tanah seluas 7 ekar persegi.

2.7  Perasmian

       Walaupun sekolah ini telah berdiri selama 23 tahun, bangunan sekolah ini belum pernah dirasmikan lagi. Namun begitu, bangunan makmal komputer telah dirasmikan oleh Dato’ Dr. Abdul Munif Bin Kosmin pada 27 April 2003 bersamaan 25 Safar 1424.

2.8 Lambang-lambang sekolah

       2.8.1 Lencana

Hijau: Melambangkan warna agama Islam. Ini bersesuaian dengan ciri-ciri sekolah agama, pelajar-pelajar dan guru-guru beragama Islam.

Merah: Melambangkan kebenaran. Ini bermakna pelajar-pelajar sekolah ini adalah diharapkan menjadi insan yang benar-benar berani terutamanya untuk memburu kejayaan dunia dan akhirat.

Hitam: Warna hitam dipilih sebagai tanda keadilan. Ini melambangkan wujud ikatan yang kuat antara pelajar dengan guru dan antara pelajar sesama pelajar untuk membentuk ukhuwah yang kukuh tanpa mewujudkan perasaan pilih kasih.

Bulan & bintang: Kedua-dua objek ini melambangkan perpaduan yang wujud dalam agama Islam. Pecahan bintang kepada 5 bahagian yang memberi erti setiap muslim hendaklah berpegang kepada Rukun Islam yang mengandungi 5 perkara.

Al-Quran & tangga: Objek-objek ini pula saling berkaitan antara satu sama lain iaitu al-quran memainkan peranan yang penting dalam agama Islam dan kedudukannya amatlah tinggi di puncak teratas sekali. Tangga pula bererti setiap pelajar akan melalui dan memenuhi cabaran secara berperingkat-peringkat sebelum sampai ke puncak kejayaan.

3 pecahan berwarna hijau: Iman, Islam dan Ehsan yang dititikberatkan dalam perlembagaan sekolah.

Berilmu, Bertaqwa dan Berbakti: Cogankata ini dijadikan landasan oleh guru-guru untuk memupuk cita-cita para pelajar. Cogankata ini asalnya ialah ‘Usaha Tangga Kejayaan’ dan telah dipinda pada tahun-tahun kebelakangan ini. Cogankata baru ini menggambarkan harapan guru-guru agar pelajar-pelajar yang keluar daripada sekolah ini berilmu dan bertaqwa. Oleh itu diharapkan ilmu yang ada dalam diri pelajar-pelajar dapat dimanfaatkan dengan berbakti kepada masyarakat, agama dan negara.

2.8.2 Bendera
    

*      Hijau: Menggambarkan semangat jihad dikalangan pelajar sekolah ini untuk berjaya dalam pelajaran.

*      Merah: Merah itu berani. Keberanian adalah penting bagi pelajar-pelajar untuk berjaya di dalam akademik mahupun kokurikulum.

*      Putih: Melambangkan agama Islam itu suci.

*      Bulan & bintang: Objek ini melambangkan perpaduan yang wujud antara guru dan pelajar sekolah ini. Ia juga melambangkan keunggulan agama Islam itu sendiri.

*      Kuning: Merah dan kuning akan membentuk bendera negeri Selangor Darul Ehsan. Ini bermakna sekolah ini adalah di bawah naungan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

2.8.3 Pakaian seragam sekolah

         Pakaian lelaki yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah bercirikan islamik dan kemas. Baju yang dikancing akan tampak kemas. Pakaian lelaki pada hari Jumaat pula bercirikan baju tradisional masyarakat melayu iaitu baju melayu. Samping berwarna hijau melambangkan keunggulan agama Islam. Pakaian perempuan pula lebih bercirikan pakaian tradisional masyarakat melayu iaitu baju kurung dan bertudung labuh untuk menutup aurat. Baju yang dikancing akan tampak sopan dan kemas.Kain sarung hijau juga melambangkan keunggulan agama Islam.

 
 
 
 
 
 
 
 
Keistimewaan bangunan

Reka bentuk pelan

Sekolah ini mempunyai reka bentuk pelan yang menarik dan sistematik. Bangunan utama sekolah ini ialah Dewan Az-Zamakhsyari. Kelas-kelas yang terletak di Blok A dan Blok B terletak berhampiran dengan dewan. Dewan pula terletak di sebelah kantin. Ini memudahkan pelajar untuk membeli makanan dan minuman di kantin dengan lebih cepat. Asrama Putera terletak bersebelahan dengan asrama puteri. Dewan Makan Asrama pula terletak di antara dua bangunan tersebut. Ini memudahkan pelajar pulang ke asrama dengan lebih cepat selepas makan di dewan makan.

Bahan binaan

Bahan yang digunakan untuk membina sekolah ini ialah simen, pasir, batu-bata dan sebagainya.

3.2.1        Pengubahsuaian

Banyak pengubahsuaian yang telah dilakukan. Antaranya ialah pembinaan makmal KHB dan tempat rehat pelajar pada tahun 2001. Pada tahun 2008, kerajaan telah memperuntukan sejumlah wang untuk memperbaiki infrastruktur sekolah seperti mengecat bangunan sekolah semula, menggantikan pintu bagi semua kelas, menceriakan kawasan sekolah dan sebagainya.

Hiasan dalaman

Tatar atur hiasan dalaman diberi tumpuan agar mencerminkan budaya keilmuan dan suasana segar serta kondusif kepada pelajar melalui tanaman dan hiasan yang menghijau, barisan pokok-pokok yang berjajar sepanjang laluan masuk dan pokok-pokok bunga hiasan yang cantik dan menarik. Usaha menghias dan menyediakan hiasan sekolah adalah sebahagian daripada tugas 3k yang diterapkan dalam gerak kerja dan budaya sekolah. Sejak tahun 1997, dengan kerjasama PIBG, sedikit demi sedikit mercu tanda dibangunkan untuk memenuhi ruang-ruang kosong agar dapat dimanfaatkan oleh pelajar untuk kegiatan belajar, riadah dan merehatkan minda. Keindahan dan kebersihan adalah tonggak penting dalam pengurusan sekolah berkesan. Hal ini juga, memberikan petanda kepada pelawat dan pengunjung sekolah tentang pengurusan sekolah yang cekap dan keperibadian seluruh warga sekolah.

Kegunaan dahulu dan sekarang

Dahulunya, dataran sekolah digunakan untuk berhimpun pada perhimpunan pada hari Jumaat. Kini, dataran itu digantikan dengan gelanngang sepak takraw. Selain itu, Dewan Az-Zamakhsyari juga digunakan sebagai gelanggang badminton tetapi kini dewan tersebut digunakan untuk perhimpunan pada hari Jumaat.

Kejayaan sekolah

Kurikulum

Sekolah ini telah meraih pelbaga kejayaan dalam bidang akademik. Sekolah ini menjadi sekolah yang terbaik di Hulu Langat. Kejayaan yang telah dikecapi ialah Farah Haseenah Mohd. Jais yang telah mendapat A1 dalam 12 matapelajaran SPM, seramai 33 orang yang telah mendapat 9A dalam PMR dan seramai 20 orang yang mendapat Mumtaz dalam SMA dan sebagainya.

Kokurikulum

Sekolah ini juga tidak kurang hebatnya di bidang kokurikulum. Sekolah ini telah meraih banyak kejayaan dalam bidang ini. Antaranya ialah kumpulan nasyid Al-Mubarak di peringkat negeri dan kementerian yang disertai seramai 10 orang, bola sepak di peringkat zon yang disertai seramai 36 orang, sepak takraw berjaya di peringkat negeri yang disertai seramai 2 orang sahaja.


 

 

Deadline extensions

2008-08-18

I you have not filed for your taxes last year then you must file for an extension.

 
Entire article | Section: News

Donate to charity

2008-08-18

Use the 777 form to donate your taxes to charity.

 
Entire article | Section: News

Guide to filing a 522 form

2008-08-18

Use the online form to file you taxes.

 
Entire article | Section: News